Kelebihan SmartMedic 100 :-
1) Boleh di ambil secara Pelan Asas 'Stand Alone' atau di jadikan riders dalam Produk MAA Takafulink (MTL). Bergantung kepada budget dan perancangan kewangan pelanggan.
2) Tiada Co-Payment (Cashless). Semua kos pembedahan, rawatan di hospital di bayar sepenuhnya 100% oleh MAA (anda tidak perlu memikirkan beban kewangan jika berlaku musibah kepada peserta).
3) SmartMedic 100 menawarkan hospital swasta yang terpilih dan eksklusif kepada setiap peserta. Anda mampu mendapat rawatan terbaik dan selesa tanpa memerlukan tunai dari akaun simpanan anda. Rujuk senarai panel hospital.
4) Jumlah sumbangan yang rendah berbanding kelebihan dan faedah yang bakal diperolehi setiap peserta yang menyertai SmartMedic 100. Serendah RM387* setahun.
5) Mempunyai khairat kematian (atas apa sebab) RM5,000 (untuk Pelan Asas SM100 sahaja)
6) Menawarkan 4 pelan perlindungan - dari Pelan 1 sehingga Pelan 4
7) Mod bayaran yang fleksibel yang ditawarkan MAA Takaful – samada bulanan, suku tahunan, setengah tahun & tahunan
8) Perkongsian lebihan keuntungan (50:50) jika ada.
9) Umur kemasukkan dari 0 (30 hari - minima) sehingga maksima 59 tahun dengan pembaharuan terjamin sehingga umur 80.
* untuk Pelan 1 bagi umur 6 - 15 tahun
Sijil SM100 boleh di tamatkan jika :-
1) Caruman tidak di bayar lebih dari 31 hari
2) Pemegang sijil mencapai umur 80 tahun
3) Selepas pembayaran untuk Khairat Kematian
4) Jumlah faedah yang di bayar kepada orang yang dilindungi telah melebihi had seumur hidup
5) Penamatan tempoh sijil asas (terpakai untuk sijil rider sahaja)
klik sini untuk dapatkan broucher Smartmedic 100
KENALI KAD PERUBATAN SmartMedic 100
Semua peserta SmartMedic 100 akan didaftarkan sebagai ahli Metronic iCares Services (satu keahlian dalam Managed Care Organisation)
Salah satu tanggungjawab Metronic iCares Services adalah menguruskan kemudahan urusan keluar masuk hospital yang turut serta dalam program ini. Dengan menggunakan kad perubatan SmartMedic 100, anda tidak perlu menghadapi kerumitan dan hanky panky prosedur tuntutan. Gunakan kad perubatan ini untuk urusan segera kemasukan hospital tanpa memerlukan anda memikirkan kos perubatan yang tinggi.
FAEDAH-FAEDAH SmartMedic 100
i. KAD PERUBATAN SmartMedic 100
Sebagai pemegang kad hanya perlu mengemukakan kad ini di mana-mana hospital yang turut serta untuk kemudahan kemasukkan hospital terpilih. Gunakan kad SmartMedic 100 seperti anda menggunakan kad debit (tunjuk dan beli) dan bukannya seperti kad kredit (tunjuk dan akhirnya menanggung hutang). Bezanya kad perubatan SmartMedic 100 hanya boleh 'shopping' di hospital swasta sahaja tetapi mempunyai credit limit yang tinggi, paling kurang pun RM50K.
ii. PENERIMAAN MELUAS KAD PERUBATAN SmartMedic 100
Kad perubatan SmartMedic 100 diterima oleh hospital-hospital yang yang turut serta di seluruh negara (lihat senarai hospital seperti di lampiran) yang menawarkan keistimewaan dan faedah tertentu kepada pemegang kad ketika kemasukan hospital.
iii. PUSAT PANGGILAN 24 JAM SmartMedic 100
Keahlian menawarkan anda bantuan 24 jam untuk rujukan perubatan, pengawasan dan lain-lain maklumat perjalanan dalam dan luar negara. Anda hanya perlu menghubungi talian bebas tol 1-800-88-1320
iv. TUNTUTAN MUDAH SmartMedic 100
Anda tidak perlu risau tentang menyedia dan mengemukakan tuntutan kerana semua biaya di bawah SmartMedic 100 akan di bayar terus kepada panel hospital terpilih. Tiada bil yang melambung tinggi, SmartMedic 100 menyediakan kemudahan kepada semua peserta – ketika ianya amat diperlukan.
v. FAEDAH PERUBATAN KOMPREHENSIF DAN KOMPETITIF
• Pembaharuan TERJAMIN (sehingga umur 79 tahun).
• Had Tahunan yang tinggi (RM50,000 hingga RM200,000).
• Had Seumur Hidup yang tinggi (RM150,000 hingga RM600,000).
• Manfaat Bilik Hospital Dan Makan dari RM150 hingga RM450 sehari.
• Manfaat Khairat Kematian RM5000.
• Tiada Jadual Pembedahan Terbatas.
• Pembedahan Harian.
• Rawatan Luar Pesakit Kanser dan Buah Pinggang.
• Penjagaan Kejururawatan di Rumah
• Biaya Penginapan.
• Yuran Laporan Perubatan
• Perlindungan 24 jam seluruh dunia.
KENAPA MEMILIH SmartMedic 100
SmartMedic 100 menjadi pilihan ramai peserta di Malaysia kerana faktor-faktor berikut :-
i. Tiada Co-Payment (Cashless). Semua kos pembedahan, rawatan di hospital di bayar sepenuhnya 100% oleh MAA (anda tidak perlu memikirkan beban kewangan jika berlaku musibah kepada peserta).
ii. SmartMedic 100 menawarkan hospital swasta yang terpilih dan eksklusif kepada setiap peserta. Anda mampu mendapat rawatan terbaik dan selesa tanpa memerlukan tunai dari akaun simpanan anda. Rujuk senarai panel.
iii. Jumlah sumbangan yang rendah berbanding kelebihan dan faedah yang bakal diperolehi setiap peserta yang menyertai SmartMedic 100
iv. Mod bayaran yang fleksibel yang ditawarkan MAA Takaful – mampu memenuhi spesifikasi dan kemampuan kewangan syarikat.
v. Perkongsian lebihan keuntungan (50:50) jika ada.
JUMLAH PREMIUM/SUMBANGAN TAHUNAN
Jumlah premium tahunan bergantung kepada Pelan yang diambil, Jantina dan Umur peserta yang menyertai SmartMedic 100. Untuk mengetahui kadar sumbangan sila rujuk jadual ini.
SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI?
1) Peserta yang ingin dilindungi mestilah berumur 30 hari hingga 59 tahun manakala pembaharuan sehingga berumur 79 tahun.
1) Peserta yang ingin dilindungi mestilah berumur 30 hari hingga 59 tahun manakala pembaharuan sehingga berumur 79 tahun.
2) Pembayar sumbangan pula mestilah berumur 18 tahun keatas.
3) Anda foreigners? Jangan risau, anda (expatriates and professionals) juga boleh menyertai pelan ini jika anda memiliki status PR.
4) Anda foreigners tapi manual workers sahaja. Jangan risau juga kerana anda pun boleh sertai pelan ini.
5) Anda adalah peserta 'Malaysia My Second Home'. Anda pun layak sertai pelan ni kerana bersusah-payah kerajaan Malaysia jemput anda tinggal disini, takkanlah kita tidak menjaga welfare anda.
MOD BAYARAN
MAA Takaful menawarkan 3 jenis mod bayaran untuk SmartMedic 100. Bayaran sumbangan boleh dilakukan dalam bentuk tahunan, setengah tahun dan suku tahunan. Bagaimanapun saya mencadangkan sebaiknya bayaran dilakukan dalam bentuk tahunan (menjimatkan jumlah bayaran sumbangan)
Bayaran boleh dilakukan melalui tunai, kredit kad, cek atau bank-draft.
No comments:
Post a Comment