Showing posts with label products. Show all posts
Showing posts with label products. Show all posts

Tuesday, January 6, 2009

Don't Let The Rising Medical Cost Bring You Down

WE HELP YOU PLAN THE UNPLANNED...SmartMedic 100

Kehidupan anda amat berharga, terutamanya kepada yang tersayang. Ia suatu kenyataan yang menyedihkan namun kehidupan boleh berubah selamanya disebabkan kemalangan ngeri, serangan sakit jantung atau penyakit merbahaya. Kesannya amat meruntun jiwa, terutamanya kepada keluarga anda! Jadi, elakkan diri anda dari terperangkap dalam kejadian mengejut yang tidak diingini ini.



Alhamdulillah, bulan ini Januari 2009, MAA Takaful telah berjaya merealisasikan produk kad perubatan yang ditunggu-tunggu yang dikenali dengan nama SmartMedic 100. Setelah sekian lama menyaksikan rakan-rakan di takaful lain mempromosikan produk medical card masing-masing, sekarang tibalah masa untuk giliran kami pula.


Untuk pengetahuan anda, sebelum ini MAA ada juga menawarkan produk medical card sendiri (MedicaLife 207) tetapi dibawah kendalian MAA Assurance. Kelebihan yang pasti SmartMedic 100 berbanding kad perubatan takaful yang lain ialah kad ini stand alone dan tidak terikat sebagai rider dengan basic takaful atau takafulink. Dengan ini ianya memberi kuasa membeli yang lebih kepada bakal pengguna yang mempunyai bajet yang rendah dan masih mencari-cari pelan kad perubatan takaful kerana carumannya yang lebih murah.


Kelebihan kedua ialah pelanggan tidak perlu membayar co-payment jika dimasukkan ke wad bermakna 100% bil hospital ditanggung oleh MAA Takaful. Disamping itu walaupun pelan ini adalah medical card tetapi ia juga memberi manfaat khairat kematian atas apa jua sebab khusus untuk perbelanjaan pengkebumian sebanyak RM 5,000.



KENALI KAD PERUBATAN
SmartMedic 100

SmartMedic 100 adalah satu pelan takaful kesihatan atau lebih khusus lagi takaful kad perubatan untuk membiayai kos perubatan yang efektif dan efisien yang di sediakan oleh MAA Takaful Berhad. Ianya membantu mengatasi biaya perubatan yang tinggi dan menyediakan perlindungan komprehensif untuk kos perubatan, pembedahan serta hospital, yuran ambulans dan caj perubatan berkaitan lain. Semua peserta SmartMedic 100 akan didaftarkan sebagai ahli Metronic iCares Services (satu keahlian dalam Managed Care Organisation)


Salah satu tanggungjawab Metronic iCares Services adalah menguruskan kemudahan urusan keluar masuk hospital yang turut serta dalam program ini. Dengan menggunakan kad perubatan SmartMedic 100, anda tidak perlu menghadapi kerumitan dan hanky panky prosedur tuntutan. Gunakan kad perubatan ini untuk urusan segera kemasukan hospital tanpa memerlukan anda memikirkan kos perubatan yang tinggi.




FAEDAH-FAEDAH SmartMedic 100


i. KAD PERUBATAN SmartMedic 100

Sebagai pemegang kad hanya perlu mengemukakan kad ini di mana-mana hospital yang turut serta untuk kemudahan kemasukkan hospital terpilih. Gunakan kad SmartMedic 100 seperti anda menggunakan kad debit (tunjuk dan beli) dan bukannya seperti kad kredit (tunjuk dan akhirnya menanggung hutang). Bezanya kad perubatan SmartMedic 100 hanya boleh 'shopping' di hospital swasta sahaja tetapi mempunyai credit limit yang tinggi, paling kurang pun RM50K.


ii. PENERIMAAN MELUAS KAD PERUBATAN
SmartMedic 100

Kad perubatan SmartMedic 100 diterima oleh hospital-hospital yang yang turut serta di seluruh negara (lihat senarai hospital seperti di lampiran) yang menawarkan keistimewaan dan faedah tertentu kepada pemegang kad ketika kemasukan hospital.


iii. PUSAT PANGGILAN 24 JAM
SmartMedic 100

Keahlian menawarkan anda bantuan 24 jam untuk rujukan perubatan, pengawasan dan lain-lain maklumat perjalanan dalam dan luar negara. Anda hanya perlu menghubungi talian bebas tol 1-800-88-1320


iv. TUNTUTAN MUDAH
SmartMedic 100

Anda tidak perlu risau tentang menyedia dan mengemukakan tuntutan kerana semua biaya di bawah SmartMedic 100 akan di bayar terus kepada panel hospital terpilih. Tiada bil yang melambung tinggi, SmartMedic 100 menyediakan kemudahan kepada semua peserta – ketika ianya amat diperlukan.


v. FAEDAH PERUBATAN KOMPREHENSIF DAN KOMPETITIF


• Pembaharuan TERJAMIN (sehingga umur 79 tahun).
• Had Tahunan yang tinggi (RM50,000 hingga RM200,000).
• Had Seumur Hidup yang tinggi (RM150,000 hingga RM600,000).
• Manfaat Bilik Hospital Dan Makan dari RM150 hingga RM450 sehari.
• Manfaat Khairat Kematian RM5000.
• Tiada Jadual Pembedahan Terbatas.
• Pembedahan Harian.
• Rawatan Luar Pesakit Kanser dan Buah Pinggang.
• Penjagaan Kejururawatan di Rumah
• Biaya Penginapan.
• Yuran Laporan Perubatan
• Perlindungan 24 jam seluruh dunia.



KENAPA MEMILIH SmartMedic 100

SmartMedic 100 menjadi pilihan ramai peserta di Malaysia kerana faktor-faktor berikut :-

i. Tiada Co-Payment (Cashless). Semua kos pembedahan, rawatan di hospital di bayar sepenuhnya 100% oleh MAA (anda tidak perlu memikirkan beban kewangan jika berlaku musibah kepada peserta).

ii. SmartMedic 100 menawarkan hospital swasta yang terpilih dan eksklusif kepada setiap peserta. Anda mampu mendapat rawatan terbaik dan selesa tanpa memerlukan tunai dari akaun simpanan anda. Rujuk senarai panel.

iii. Jumlah sumbangan yang rendah berbanding kelebihan dan faedah yang bakal diperolehi setiap peserta yang menyertai SmartMedic 100

iv. Mod bayaran yang fleksibel yang ditawarkan MAA Takaful – mampu memenuhi spesifikasi dan kemampuan kewangan syarikat.

v. Perkongsian lebihan keuntungan (50:50) jika ada.



JUMLAH PREMIUM/SUMBANGAN TAHUNAN

Jumlah premium tahunan bergantung kepada Pelan yang diambil, Jantina dan Umur peserta yang menyertai SmartMedic 100. Untuk mengetahui kadar sumbangan sila rujuk jadual ini.



SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI?

1) Peserta yang ingin dilindungi mestilah berumur 30 hari hingga 59 tahun manakala pembaharuan sehingga berumur 79 tahun.

2) Pembayar sumbangan pula mestilah berumur 18 tahun keatas.

3) Anda foreigners? Jangan risau, anda (expatriates and professionals) juga boleh menyertai pelan ini jika anda memiliki status PR.

4) Anda foreigners tapi manual workers sahaja. Jangan risau juga kerana anda pun boleh sertai pelan ini.

5) Anda adalah peserta 'Malaysia My Second Home'. Anda pun layak sertai pelan ni kerana bersusah-payah kerajaan Malaysia jemput anda tinggal disini, takkanlah kita tidak menjaga welfare anda.


MOD BAYARAN


MAA Takaful menawarkan 3 jenis mod bayaran untuk SmartMedic 100. Bayaran sumbangan boleh dilakukan dalam bentuk tahunan, setengah tahun dan suku tahunan. Bagaimanapun saya mencadangkan sebaiknya bayaran dilakukan dalam bentuk tahunan (menjimatkan jumlah bayaran sumbangan)

Bayaran boleh dilakukan melalui tunai, kredit kad, cek atau bank-draft.

Tuesday, November 25, 2008

Kanser - Pembunuh No. 2 di Malaysia

“Tak mungkin saya menghidap kanser.” Inilah perkara yang mungkin terlintas dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser. Malangnya dalam dunia hari ini, tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan ini. Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat.

Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup semata-mata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak. Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.

Biasanya kita tidak ambil kisah sangat tentang sesuatu penyakit itu sehinggalah diri kita sendiri atau ahli keluarga terdekat yang mengalaminya sendiri. Dari saat itu perjalanan dan rutin hidup kita akan berubah dalam sekelip mata sahaja.

"KANSER" Perkataan yang sering dikaitkan dengan kematian.

Terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan di bawah nama kanser. Kanser menyerang 11 juta dewasa dan kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa setahun. Di negara kita, 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.

Statistik ini memang menggerunkan dan kebarangkalian menundukkan kanser untuk terus hidup hanya satu dalam empat. Tidak dinafikan kanser akan membuatkan diri kita merana. Maka tidak hairanlah ketabahan penghidap kanser untuk menentang penyakit ini benar-benar teruji. Untuk mengatasi kanser ialah dengan mengharapkan kemajuan teknologi perubatan terkini mampu menyembuhkan penyakit ini serta BERDOA kepada yang SATU agar kesihatan diri kembali seperti sediakala.

Namun perlu difikirkan selain dari ketabahan hati kita dan aspek rohani, sudahkah anda membuat persediaan dari segi kewangan untuk menghadapi ujian ini? Pastikan diri anda tidak dibebani dengan masalah kewangan. Jika belum, MAA Takaful ada menyediakan satu pelan khusus untuk anda yang dikenali sebagai CancerCare.

Tuesday, November 18, 2008

MAA Takaful Hibbah For Protection and Saving








Nama Pelan Takaful : MAA TAKAFUL HIBBAH
Tujuan Pelan : PERLINDUNGAN MAKSIMUM melalui kaedah Simpanan dan Pelaburan
Instrument : Takafulink


“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta” (Al-Bukhori)"


MAA TAKAFUL HIBBAH – SIMPANAN 10 dalam 1


BIL


MANFAAT


1
Khairat Kematian (biasa) – sehingga RM 1,000,000
2
Pampasan hilang upaya kekal (HUK) – sehingga RM 1,000,000
3
Khairat Kematian (Kemalangan) – sehingga RM 1,500,000
4
Pampasan HUK (Kemalangan) – sehingga RM 1,500,000
5
Tabung 36 Penyakit Kritikal – sehingga RM 200,000
6
Elaun Harian Hospital (Sebarang Sebab) – sehingga RM200 / hari
7
MC (akibat kemalangan) – sehingga RM100 / hari
8
Simpanan akan jadi PERCUMA – jika berlaku 36 Penyakit Kritikal
9
3 DANA yang mampu memberi keuntungan MAKSIMA kepada peserta
10
Kos Pengurusan Pengkebumian (RM2,000 + RM 5,000) – dibayar 24 jam



Berikut ialah Jadual Manfaat yang bakal diperolehi mengikut jumlah caruman tahunan/bulanan.



JUMLAH CARUMAN
VS
MANFAAT


CARUMAN RM 6,000 SETAHUN @ RM 500 SEBULAN


CARUMAN RM 4,800 SETAHUN @ RM 400 SEBULAN
CARUMAN RM 3,600 SETAHUN @ RM 300 SEBULAN


CARUMAN RM 2,400 SETAHUN @ RM 200 SEBULAN



CARUMAN RM 1,200 SETAHUN @ RM 100 SEBULAN


MANFAAT





Khairat Kematian (Biasa)
700,000

600,000

400,000


270,000


110,000

Elaun Hilang Upaya Kekal (Biasa)
700,000
600,000
400,000

270,000


110,000

Khairat Kematian (Kemalangan)
900,000
800,000

500,000


340,000


150,000

Elaun Hilang Upaya Kekal (Kemalangan)

900,000


800,000


500,000


340,000


150,000

Perlindungan Penyakit Kritikal

200,000


200,000


150,000


70,000


30,000

Elaun Harian Hospital



200 / hari


200 / hari


200 / hari


200 / hari


200 / hari

MC (Harian) – akibat kemalangan

100 / hari


100 / hari


100 / hari


100 / hari


100 / hari

Jika berlaku 36 penyakit kritikal

PERCUMA


PERCUMA


PERCUMA


PERCUMA


PERCUMA

Saguhati Pengurusan Pengkebumian

2,000 + 5,000


2,000 + 5,000


2,000 + 5,000


2,000 + 5,000


2,000 + 5,000

Jumlah Caruman Anda Bayar Selama 20 tahun

120,000


96,000


72,000


48,000


24,000

Unjuran Pulangan Tunai** Selama 20 tahun

120,403


95,780


70,845


46,091


22,901

Jumlah Caruman Anda Bayar Selama 25 tahun

150000


120,000


90,000


60,000


30,000

Unjuran Pulangan Tunai** Selama 25 Tahun

130,301


105,230


81,022


51,790


29,011



Huraian Manfaat & Contoh Bagi Caruman @ RM 6,000 setahun atau RM500/sebulan

Nama : Rudy Muhammad Naim
Umur : 30 tahun (contoh)
Caruman : RM 6,000 setahun @ RM 500 sebulan
Dividen (unjuran) : 8 % p.a Dikira pada Dana Balance


Selepas 20 tahun;

Rudy telah membayar caruman/sumbangan Takaful sebanyak = RM 120,000 (RM6,000 x 20 tahun). Nilai simpanan tunai selepas ditolak segala jenis komisen dan caj pengendali takaful serta lain-lain caj = RM 120,403


Kesimpulan;


It's a win-win situation. Rudy amat beruntung kerana telah mendapat PERLINDUNGAN RM900,000 secara PERCUMA.

Maksudnya wang sumbangan yang dibayar tidak hangus begitu sahaja seperti kebanyakan pelan insurans hayat tradisional. Melalui pelaburan dalam dana tertentu nilai wang tersebut dapat di naikkan kembali hingga ke nilai kos sumbangan. Perlu diingat bahawa pelan ini lebih menekankan kepada PERLINDUNGAN / COVERAGE yang TINGGI disamping SIMPANAN untuk hari muka. Pelaburan adalah objektif ke dua.



Keistimewaan lain :-

· Pelepasan Cukai Pendapatan sehingga RM5,000 / tahun
· Dana diuruskan oleh CIMB Syariah (Pulangan lebih tinggi)
· Perlindungan boleh diubah mengikut kehendak dan keperluan peserta
· Nilai caruman boleh di ubah setiap tahun


* Nilai perlindungan mungkin berbeza mengikut umur peserta

** Nilai tunai dikira pada unjuran dividen 8% setahun (tidak dijamin).