Tuesday, November 25, 2008

Kanser - Pembunuh No. 2 di Malaysia

“Tak mungkin saya menghidap kanser.” Inilah perkara yang mungkin terlintas dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser. Malangnya dalam dunia hari ini, tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan ini. Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat.

Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup semata-mata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak. Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.

Biasanya kita tidak ambil kisah sangat tentang sesuatu penyakit itu sehinggalah diri kita sendiri atau ahli keluarga terdekat yang mengalaminya sendiri. Dari saat itu perjalanan dan rutin hidup kita akan berubah dalam sekelip mata sahaja.

"KANSER" Perkataan yang sering dikaitkan dengan kematian.

Terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan di bawah nama kanser. Kanser menyerang 11 juta dewasa dan kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa setahun. Di negara kita, 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.

Statistik ini memang menggerunkan dan kebarangkalian menundukkan kanser untuk terus hidup hanya satu dalam empat. Tidak dinafikan kanser akan membuatkan diri kita merana. Maka tidak hairanlah ketabahan penghidap kanser untuk menentang penyakit ini benar-benar teruji. Untuk mengatasi kanser ialah dengan mengharapkan kemajuan teknologi perubatan terkini mampu menyembuhkan penyakit ini serta BERDOA kepada yang SATU agar kesihatan diri kembali seperti sediakala.

Namun perlu difikirkan selain dari ketabahan hati kita dan aspek rohani, sudahkah anda membuat persediaan dari segi kewangan untuk menghadapi ujian ini? Pastikan diri anda tidak dibebani dengan masalah kewangan. Jika belum, MAA Takaful ada menyediakan satu pelan khusus untuk anda yang dikenali sebagai CancerCare.

No comments:

Post a Comment