Thursday, November 13, 2008

Medical Card & Type of Benefits

KAD PERUBATAN DAN MANFAAT YANG DIPEROLEHI

Di manakah manfaat untuk anda jika menyertai pelan takaful medical card?

Pembayaran manfaat bergantung kepada jenis polisi yang disertai.
Ada 3 jenis keadaan manfaat yang seharusnya anda pertimbangkan ketika meyertai mana-mana pelan takaful medical card.


1) Manfaat yang BIASANYA DILINDUNGI.
• Caj penginapan hospital (bilik & makanan) dan belanja rawatan
• Belanja pembedahan (caj pakar bedah & kos yang berkaitan dengan pembedahan)
• Belanja doktor perubatan
• Ujian untuk pesakit yang masuk wad


2) Manfaat yang KADANG-KADANG DILINDUNGI (baca dengan dengung teka-teki Nujum Pak Belalang).

• Tuntutan luar negeri
• Manfaat kemalangan maut
• Ujian atau perundingan untuk pesakit luar


3) Manfaat yang BIASANYA TIDAK DILINDUNGI
.
• Bersalin
• Penyakit kongenital
• Kecederaan akibat kemalangan atau sakit kerana terlibat dalam perlumbaan
• Pembedahan kosmetik atau plastik
• Rawatan pergigian termasuk pembedahan mulut


Nah, Jika anda didatangi ejen insurans atau wakil takaful yang ingin mempromosi medical card, cubalah ringan-ringankan mulut bertanya berkenaan manfaat-manfaat ini. Buat masa sekarang tiada satu pun syarikat takaful di Malaysia ini yang pelan kad perubatannya menawarkan 100% manfaat seperti di atas tetapi anda masih boleh memilih yang terbaik maka pilihlah yang terbaik untuk anda, jangan langsung tidak.

Tidak semestinya pelan yang paling mahal itu adalah yang terbaik dan yang paling murah itu sudah memadai, pokoknya sesuatu pelan itu mestilah berpadanan dengan keperluan dan ketebalan poket anda.
Jika anda masih lagi kabur cuba lihat disini.

No comments:

Post a Comment